
Marilah sama-sama kita melafazkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana kita dipertemukan lagi dalam tahun baru 2011. Semoga pertemuan ini menautkan hati kita ke arah satu niat dan matlamat iaitu memperjuangkan martabat pendidikan. Saya mengharapkan tahun 2011 merupakan tahun transformasi dan bermulanya era perubahan.
Perubahan ini bukanlah kerana adanya pengetua baru tetapi hakikatnya perubahan ini adalah satu tuntutan yang perlu ditunaikan. Sebagai penjawat awam, kita membuat kerja bukan untuk diri kita, tetapi kerja kita adalah untuk memenuhi tuntutan negara, stakeholder dan yang lebih penting ialah untuk anak-anak didik kita.
lain berubah. Perubahan adalah bertujuan untuk penambahbaikan. Tambah nilai bagi setiap kerja kita adalah sebahagian daripada perubahan. “Hari ini adalah lebih baik daripada semalam” merupakan konsep kualiti yang begitu tinggi nilainya. Oleh itu, proses penambaikan juga melambangkan proses yang berterusan.
No comments:
Post a Comment