Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang Sekolah Tinggi Segamat dari masa ke semasa, bolehlah LIKE page Facebook Sekolah Tinggi Segamat :
https://www.facebook.com/SekolahTinggiSegamat
Sekian Terima Kasih.
2012 TAHUN BERMULANYA PELAKSANAAN 1BESTARINET
Kepada,
Pengetua dan Guru Besar
Pengetua dan Guru Besar
Merujuk kepada Program bersama KPM pada 3 November 2011 (Khamis), di Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru.
Kpm akan menggantikan SchoolNet (ditamatkan pada 31.12.2011) kepada 1 BestariNet mulai 01.01.2012 bermula secara berfasa 31.02.2012 1 BestariNet akan dilaksanakan di 10,000 buah sekolah. 1 BestariNet ini mengandungi Aplikasi SPS (Sistem Pengurusan Sekolah) dan SPP (Sistem Pengurusan Pembelajaran / Learning Management System - LMS).
Oleh itu semua sekolah dinasihatkan bersedia menerima pelaksanaan 1 BestariNet ini. Kegagalan sekolah melaksanakan SPS / SPP ini, boleh menyebabkan Tindakan Tatatertib dikenakan dan integriti sekolah jatuh serta diketahui seluruh Malaysia.
Harapan PPD, pihak sekolah bolehlah membuat latihan praktikal dengan melawat web berikut http://sps.tmasia.com/. Login: btp 123 , Password: 123.
Kerjasama yang diberikan oleh tn/pn diucapkan ribuan terima kasih.
Tn. Hj. Zainal Abidin Bin Sakiran (Timb. PPD Daerah Segamat)
Attachments :
Attachments :
PELAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM
Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam
(CUEPACS) telah bersetuju supaya pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan
Awam (SBPA) diteruskan berkuatkuasa 1 Januari 2012 dengan tempoh opsyen dilanjutkan sehingga 15 Januari 2012.
Walau bagaimanapun, tempoh opsyen bagi pelanjutan umur persaraan paksa daripada 58 tahun ke 60 tahun masih kekal sehingga 30 Disember 2011.
JPA dan CUEPACS turut mempersetujui kesemua isu berkaitan SBPA akan
dilaksanakan dari semasa ke semasa melalui perundingan yang akan
diadakan setiap tiga (3) bulan sekali atau pada suatu tarikh yang akan
ditetapkan bersama kelak.
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya
28 Disember 2011
Sebarang pertanyaan berkenaan SBPA sila ajukan kepada sbpa@jpa.gov.my
Lain-lain Perkhidmatan :
Untuk makluman talian hotline akan berakhir pada 13 Jan 2012 dan emel sbpa@jpa.gov.my akan berakhir pada 15 Jan 2012.
Pemberitahuan :
TEKS UCAPAN TPM / MENTERI PELAJARAN MALAYSIA DI MAJLIS PERUTUSAN KHAS MENTERI PELAJARAN MALAYSIA 2012
TEKS UCAPAN TPM / MENTERI PELAJARAN MALAYSIA DI MAJLIS PERUTUSAN KHAS MENTERI PELAJARAN MALAYSIA 2012
No comments:
Post a Comment