Galeri STS


SEJARAH GALERI
SEKOLAH TINGGI SEGAMAT


1.     Latar belakang

Sekolah Tinggi Segamat ditubuhkan pada 1926 dan merupakan sekolah paling tua di daerah Segamat. Tahun 2010 usianya mencecah 84 tahun. Sebagai sekolah yang boleh dikategorikan sebagai Sekolah Premier adalah wajar sekolah ini memiliki sebuah Galeri  yang dapat mengambarkan perkembangan sejarah Sekolah Tinggi Segamat. Ada banyak memori dan nostalgia berkenaan dengan sekolah ini  terutamanya  sumbangannya yang begitu banyak dalam melahirkan modal insan kelas pertama. Dalam masa yang sama adanya galeri ini dapatlah dijadikan tempat untuk pihak sekolah meminta penghargaan serta memori  jasa-jasa kakitangan dan para pelajar yang pernah menyumbangkan bakti  berkhidmat dan menuntut  di sekolah ini.

Setakat ini tiada sudut khas  yang dapat menghimpunkan kesemua sejarah perkembangan sekolah ini. Banyak dokuman  atau bahan berkenaan sekolah ini tidak berpusat sebaliknya berselerak di merata-rata tempat.Objektif utama jawatakuasa ini adalah untuk mendokumenkan  semua bahan sejarah sekolah ini supaya dapat dihimpunkan dalam sebuah galeri yang dapat dijadikan kebanggaan warga STS amnya. Selain itu, matlamatnya bertujuan merealisasikan  rasa cinta generasi muda hari ini pada sekolah serta dapat menghargai betapa tinggi nilainya Sekolah Tinggi Segamat kepada warga  sekolah dan masyarakat umumnya.

  Penubuhan Galeri STS bermatlamat murni untuk  memperkenalkan atau menyebarkan maklumat sejarah sekolah kepada genarasi baru agar dapat menghayati perkembangan sejarah sekolah ini. Pada tahun 2010 pengetua mencadangkan  menukarkan bilik PJPK pada masa kini sebagai galeri STS. Bilik PJPK dahulunya pernah berfungsi sebagai dewan sekolah berubah kepada  perpustakaan (school library ) dan bilik kelas sebelum  menjadi bilik PJPK..  Kerja-kerja awal telah dijalankan sehingga  terbentuklah sebuah bilik . Bagaimanapun perkembangan penubuhan galeri terhenti  seketika selepas pemimpin berpindah dan  kekangan wang.  Pn. Hjh Zalaha Binti Md.Said pengetua perempuan pertama  yang menggantikan telah memberikan sokongan padu dan komitmen  yang tinggi kepada penyelaras dan jawatan kuasa galeri untuk meneruskan projek penubuhan galeri sejarah. Dorongan Puan Pengetua  serta lontaran idea yang bernas  membolehkan projek galeri ini diteruskan sehingga berjaya .Dengan adanya Galeri, bukan sahaja  membolehkan warga STS mengetahui perkembangan sekolah sejak permulaan bahkan  dapat memartabatkan sebagai gedung ilmu dan sekaligus sebagai muzium atau arkib diperingkat sekolah mahupun daerah Segamat.

2.  MATLAMAT
Menyediakan sebuah galeri yang komprehensif dan relevan kepada perkembangan  sekolah

3. OBJEKTIF PROGRAM
                                i.            Mengenali dan menghayati sejarah Sekolah Tinggi Segamat.
                               ii.            Menyemai perasaan cinta serta menyelamatkan bahan-bahan sejarah sekolah yang tidak terhingga..
                             iii.            Melahirkan perasaan jati diri melalui sejarah sekolah
                             iv.            Membantu meningkatkan ilmu pengetahuan serta menjalankan penyelidikan dan kajian tentang sejarah sekolah.
                              v.            Memperkenalkan sejarah Sekolah Tinggi Segamat  kepada masyarakat umumnya
                             vi.            Menyediakan ruang kepada alumni  memberi sumbangan kepada sekolah.


Jawatan kuasa Galeri Sejarah
Tahun 2010


Penasihat          : Pn.Hjh.Zalaha Bt Md. Said
Pengerusi         : Tn, Hj, Andul Kadir Rajak
Setiausaha        : Cik Jayalatchumy a/p Subramaniam
Pen.Setiausaha : Tn. Hj. Mohd. Nordin Salamon
AJK                  : En. Mohd Zapuan Bin Abd Rahim                              
                          : Pn. Kartini Binti Kamaruddin                              
                          : En Noryazid Bin Mad Radzi                              
                          : En Tiew Ah Soon                              
                          : En Ridhuan Halim Bin Abdullah                              
                          : En. Morsim Bin Jasnuri                              
                          : Tn. Hj, Zainuddin Bin Kasbi

                             
Upacara Perasmian Galeri STS oleh Pengetua
Sudut Galeri

Gambar Sekolah Tinggi Segamat


Logo Sekolah Tinggi Segamat



No comments:

Post a Comment