SEKOLAH TINGGI SEGAMAT
G.E.S - GOVERMENT ENGLISH SCHOOL
Sekolah ini ditubuhkan oleh pihak penjajah British. Tujuan penubuhannya ialah untuk pendidikan. Lokasi bangunan utama masih kekal hingga kini. Sekolah ini merupakan sekolah tertua dan pertama di Segamat, bagaimanapun bangunan sekolah ini belum diisytiharkan sebagai bangunan warisan sejarah.
Sekolah ini mempunyai keunikan tersendiri seperti reka bentuk penjajah pada bangunan utama masih kekal hingga hari ini. Gambar guru serta pelajar tahun 1926 dan juga pengetua juga ada dalam simpanan sekolah. Selain itu padang sekolah ini ada keunikannya iaitu air cepat diserap kerana adanya system saluran air bawah tanah. Bukan itu sahaja, ia juga merupakan sekolah tertua di bandar dan daerah Segamat disamping telah melahirkan ramai tokoh terkenal negara.
S. S. E. S - SEGAMAT SECONDARY ENGLISH SCHOOL
Pada tahun-tahun 1930an, dunia mengalami zaman kemelesetan ekonomi,
namun usaha-usaha pembinaan bangunan baru sekolah tetap diteruskan. Pada
ketika itu bangunan utama sekolah ini mengandungi 12 bilik darjah,
sebuah kantin, dewan dan ruang pejabat telah dapat disiapkan..Pelajar
telah mula dapat menggunakan bilik darjah di bangunan tersebut pada
pertengahan tahun 1930. Para pelajar sekolah ini telah mengambil
Peperiksaan Junior Cambridge pada tahun 1934 dan Peperiksaan Oversea
Senior Cambridge (O.S.C) pada tahun 1935.
Pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu, sistem pendidikan di negara ini telah terganggu dan tidak terlepas juga kepada sekolah ini. Pada masa inilah buat pertama kalinya sekolah ini telah diletak dibawah pentadbiran seorang Guru Besar Bangsa Asia iaitu En. Gurdial Singh. Bahasa Jepun telah dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah pada masa tersebut. Para pelajar diasuh dan diajar menyanyikan lagu-lagu Jepun.
Bilangan pelajar di sekolah ini pada masa itu juga turut merosot sehinggakan padan besar sekolah ini telah dijadikan sebagai kawasan pertanian. Bangunan sekolah ini juga telah dijadikan sebagai Pusat Perkhidmatan Tentera Jepun.
Selepas perang ,terdapat banyak perubahan dan bangunan baru telah didirikan untuk menempatkan pelajar seramai 400 orang dan bilangan pelajar semakin meningkat pada setiap tahun. Pelajar sekolah rendah ditempatkan di Berek Tentera British (di belakang Telekom Lama- Jalan Pawang). Pada tahun 1949, tentera British telah mendirikan 3 buah khemah di hadapan sekolah ini untuk dijadikan sebagai bilik-bilik darjah. Pada tahun 1953, 2 buah bangunan kayu di bina yang mengandungi 6 buah bilik darjah, sebuah kantin, bilik pengakap, ‘woodwork block’, sebuah gelanggang bulu tangkis, gelanggang bola keranjang, gelanggang bola tampar dan sebuah gelanggang tenis sebagai tambahan kepada bangunan utama. Blok kantin kemudian diubahsuai menjadi bilik makmal mengikut peredaran masa dan kini beroperasi sebagai bilik seni visual.
Pada tahun-tahun berikutnya, sistem pendidikan di negara ini menjadi semakin maju. Sekolah ini telah dipecahkan kepada dua sistem pentadbiran iaitu peringkat sekolah rendah dan peringkat sekolah menengah. Peringkat sekolah rendah dikenali sebagai Sekolah Bukit Hampar dengan En.See Kum Chin sebagai guru besarnya. Government English School iaitu sekolah ini pula telah menjadi sekolah menengah pada tahun 1958.
Perubahan masa telah memperlihatkan perkembangan dan pertambahan infrastruktur fizikal sekolah. Kemudahan-kemudahan ini ditambah dari masa ke masa selaras dengan perubahan dan permintaan. Beberapa bangunan tambahan telah didirikan dalam jangka masa ini. Pada tahun 1956, 2 buah makmal sains telah dibina. Dalam tahun 1969 beberapa bilik darjah telah digunakan sebagai bilik lukisan, bilik sains rumahtangga dan bilik perpustakaan. Pada tahun 1967, gelanggang bola keranjang yang baru telah didirikan. Projek membina sebuah dewan sekolah dan bilik rehat guru telah dimulakan pada lewat tahun 1971 dan pembinaan disiapkan pada tahun 1974.
Pembangunan fizikal sekolah ini diteruskan mengikut peredaran masa di mana pada tahun 1978 sebuah kantin sekolah baru dan beberapa blok untuk bilik darjah bagi menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat pada setiap tahun. Pada tahun 2001, tambahan 2 buah bilik darjah dibina bersebelahan dewan sekolah manakala sebuah bangunan makmal komputer 2 tingkat pula dibina pada 3 November, 2004
Sejak penubuhannya hingga kini sekolah ini telah ditadbirkan oleh seramai 24 orang pengetua bermula dengan En. J.C. MC.Heyzer hinggalah sekarang di bawah pentadbiran Pn. Hjh. Zalaha bt. Md. Said. Sekolah Tinggi Segamat mempunyai 2 sesi persekolahan. Bilangan pelajaranya turut meningkat setiap tahun. Bilangan pelajar dari 50 orang telah meningkat kepada 1702 orang pelajar tahun 2005. Manakala bilangan gurunya dari seorang menjadi 96 orang.
Sambutan Jubli Perak telah diraihkan pada 15 September 1955 manakala Jublie Emas pada tahun 1976. Selaras dengan motto iaitu Sentiasa Maju sekolah ini juga terus berkembang sehingga mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Semua warga sekolah sedang berusaha ke arah sekolah cemerlang menjelang tahun 2008 seperti yang diimpikan oleh tuan pengetua yang terdapat dalam visi sekolah mengikut acuan Sekolah Tinggi Segamat.
Kedudukan sekolah ini juga unik . Ini adalah kerana sekolah ini telah dibina di atas Bukit Batu Hampar. Sebagai sebuah sekolah tertua di Segamat, terdapat banyak tinggalan artifak seperti gambar-gambar, buku pendaftaran pelajar, piala-piala , jata sekolah (shields) dan lencana sekolah lama dan baru. Selain itu ruangan untuk menyimpan piala berbentuk kotak masih terdapat di dalam kelas-kelas di blok bangunan utama ini.

The Headmaster of the Bukit Hampar primary school was Mr. Soo Ho Kum Chin.
ReplyDeleteThe Headmaster of the Bukit Hampar primary school was Mr. Soo Ho Kum Chin.
ReplyDeleteHope to see more old pictures of STS and sek Bukit Hampar
ReplyDelete